Bagi newbies DSLR, pasti korang
tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di
sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So,
kalo ada pa pe kemusykilan, leh la drop komen, nnt sama-sama kita
diskas balik…
Apa itu SHUTTER SPEED? Secara
teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk
ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan
cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang
cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan
mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk
handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan
kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan
tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung
kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed
adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat.
Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan
shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam
(sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi
semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon)
mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan
menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan
foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan
menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah
No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa
akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk
menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar
bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga
sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz
bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.
Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO
tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam
nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
ISO yang rendah biasanya digunakan
semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya
persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula
digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau
semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita
akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang
akan menjejaskan kualiti imej.
Faham tak setakat nih? So, dari sini
dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture
berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik.
Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2
unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan
flash).
Sampai di sini dulu untuk kali nih. Next tips, kita sharing pasal Depth of Field (DOF) lak ye..