Sunday 12 February 2012

pakej nasi bungkus

pakej dari kami..

makan pagi 1(rm3.50)      makan pagi 2(rm4.50)   makan pagi 3(rm4.00)
-meehon goreng                -nasi lemak                       -nasi lemak biasa
-karipap                                -sambal sotong                -karipap


makan t/hari 1(rm7.50)        makan t/hari 2(rm9)       makan t/hari 3(rm6)
-nasi putih                               -nasiputih                        -nasi tomato
-ayam merah                          -ayam merah                  -ayam merah
-sayur campur                        -kari daging                     -acar jelatah
-ikan masin                            -sayur campur                 -pisang
-pisang                                    -pisang


kami menyediakan air mineral dengan tambahan rm0.50 setiap 1pax..
penghantaran percuma sekitar kuala lumpur..luar kuala lumpur kami akan mengenakan cas sebanyak rm20
kami menerima tempahan sebanyak 30pax keatas..
tempahan misti dibuat seminggu sebelum tarikh langsung majlis dan akan dikenakan bayaran separuh dari harga kos,setelah makan dihantar baru lah pembayaran baki dibuat..
sekian terima kasih..kepuasan anda adalah kepuasan kami

Saturday 11 February 2012

Cara Memegang Kamera (DSLR)

Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja. Untuk Part 2 nanti, saya akan berkongsi Cara Memegang Kamera Compact pula…
Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah

Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.
Cara Lain Untuk Pegang DSLR
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.
Cara Pegang DSLR Yang Salah
 
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.
Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.

Cara Pegang DSLR Secara Menegak
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.

Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…
Kedudukan Kaki
Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah

Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.

Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.

Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan

Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.





Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap

Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.






Thursday 26 January 2012

3 element penting dlm photographer

Bagi newbies DSLR, pasti korang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So, kalo ada pa pe kemusykilan, leh la drop komen, nnt sama-sama kita diskas balik…

Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.
Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.
Faham tak setakat nih? So, dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).
Sampai di sini dulu untuk kali nih. Next tips, kita sharing pasal Depth of Field (DOF) lak ye..

Wednesday 25 January 2012

pakej photographer istimewa dari kami

Pakej-pakej yang disediakan adalah termasuk :

+Pengantin sampai/make up
+Pengantin bersanding
+Bergambar bersama keluarga  
+Lain-lain acara yang berkaitan dengan majlis tersebut
*semua harga pakej adalah dibawah satu sesi sahaja



Pakej Bertunang/Cukur Jambul/Hari Jadi/Outdoor/kahwin - RM300 TERBARU RM250

+Unlimited snap
+1 photographer
+2 DVD, 1 cover (casing) kulit gambar pengantin (softcopy pics)

CONTOH KOTAK DVD SEPERTI DIBAWAH:





Pakej Kahwin Bajet 1   - RM700

+Unlimited snap
+1 photographer
+1 Sticker / mockup album kulit gambar pengantin album kecilSaiz album = 13 inci  x 13 inci (lebar x tinggi)
+60 keping 4R
+2 DVD 1 cover (casing) kulit gambar pengantin (softcopy pics)
+FREE out door (sekiranya pelanggan mahu)

CONTOH KOTAK DVD DAN MOCKUP ALBUM SEPERTI DIBAWAH:


Pakej Kahwin Bajet 2   - RM1000

+Unlimited snap
+1 photographer
+1 Sticker / mockup album kulit gambar pengantin album besar saiz album= 15 inci  x 15 inci (lebar x tinggi)
+100 keping 4R
+2 DVD 1 cover (casing) kulit gambar pengantin (softcopy pics)
+FREE out door (sekiranya pelanggan mahu)
+1keping gambar saiz 4R siap sekali frame

CONTOH KOTAK DVD DAN MOCKUP ALBUM SAIZ BESAR:



SEGALA PERTANYAAN BOLEH  EMAIL KAN KER fauzielaili@gmail.com..
SEGALA BOOKING AKAN DIKENAKAN PENDAHULUAN RM50,PEMBAYARAN PENUH MESTI DISELESAI KAN 1MINGGU SEBELUM HARI MAJLIS..ALBUM DAN DVD AKAN DIHANTAR KEPADA PELANGGAN DLM MASA 2MINGGU..
TEMPAHAN LUAR KUALA LUMPUR AKAN DIKENAKAN TAMBAHAN SEBANYAK RM150 BEDASARKAN MINYAK,TOL DAN PENGINAPAN